Sabtu, 31 Disember 2011

~cabaran 2012..happy new year VS "sad new year"~

Assalamua’laikum.. mukadimah yang sama, sebab sy nak bagitaw yang sy dah lama x update bl0g.. alasan yang masih sama,  iaitu xde masa..alasan je tu, padahal sy yang sbnrnya x pandai urus masa.. =D

OK lah, hari ni sy nak tulis pasal new year.. yelah, hari ni kan bertarikh 1 januari 2012, di mana b0leh dikatakan hampir semua manusia di muka bumi ini meraikan new year.. Bagi sy lah kan, nak sambut tu x salah.. asalkan x melanggar etika/peraturan dalam Islam bagi yang beragama Islam.. yang bukan beragama Islam tu, t0lak ketepilah..

Tapi kebanyakan yang lihat sekarang, sambutan tahun baru x menepati kehendak Islam.. apa lah salahnya, kalau kite sebagai orang Islam, sambut tahun baru dengan buat solat hajat ke, bacaan Al-Quran ke,.kan itu lagi berkat, sepatutnya kite sambut tahun baru dengan penuh kesyukuran sebab masih bernafas sehingga ke tahun ini untuk memperbaiki diri dan menambah amal kepadaNya, kan? =)

Lagi satu kalau pasal tahun  baru ni, 0rang mesti cakap pasal azam.. haa, kalau sy lah, sy memang xde azam.. memang dah jadi tradisi sy x buat azam setiap tahun, sebab bagi sy, azam sepatutnya dibuat setiap hari, bukan setiap tahun.. itu prinsip sy.. tapi, kalau pasal azam ni, terpulanglah pada setiap 0rang, kalau nak buat azam setiap kali tibanya tahun baru, xde yang salah pun, memang dialu-alukan untuk buat azam, tapi seb0leh-b0lehnya cuba tunaikan azam yang dibuat ye,., insyaALLAH, usaha tangga kejayaan.. ^^,

Tapi bagi sy, tahun 2012 ni, adalah tahun yang mencabar bagi sy.. tahun 2009 dengan 2010 pun antara tahun2 yang penuh cabaran jugak bagi sy.. tapi cabaran tahun-tahun tu dah lepas, dan alhamdulillah, berjaya diharungi.. cabaran tahun 2012 ni lain sikit, sebab lebih bukan bersifat untuk sy.. haha, hmm, sebab apa sy cakap tahun 2012 ni tahun yang penuh cabaran? Haa, ni yang sy nak list kan.. ^^,
  •   Ada 3 0rang adik saya yang bakal menduduki peperiksaan besar iaitu, UPSR, PMR dgn SPM.. memang 1 cabaran dan tanggungjawab yang besar bagi sy selaku anak sulung untuk memastikan kecemerlangan dy0rg.. sem0ga ALLAH membantu..=) sepatutnya ada jugak adik sy yang ambil STPM, tapi dy x ambil.. kalau x, fuhh.. memang catat sejarah laa dalam family sy..

  •    Sebab yang kedua ialah, saya bakal menjalani latihan industri (praktikal) selama 6 bulan di sebuah kilang semic0nductor yang agak besar.. Headquarters dy dekat Eropah.. memang ianya sebuah syarikat yang berpengkalan di Eropah. Sy praktikal di cawangan dy di Malaysia je, xdapat de nak praktikal kat luar negeri..haha, memang cabaran bagi sy sbb sy x pernah merasai bagaimana rasanya kerja kat kilang.. tengoklah apa yang jadi nanti.. =)

  •  Sebab paling last, umur sy meningkat lagi setahun.. makin dekat dengan hari yang pasti.. dan makin dekat dengan tarikh kematian.. makin jauh dari masa lalu.. semua ni buat sy terfikir, sempat ke nak capai cita-cita dan impian sy?? Jawapan dy sudah pastilah sy xkan tahu..hmm..

Sebenarnya lah kan, sy takut bila tibanya tahun baru, gembira tu memanglah ade, tapi perasaan takut lebih menguasai.. sebab apa? Sebab sedar x sedar, kita makin dekat dengan hari kiamat.. dah banyak tanda2 dah.. bumi kita pulak, apabila tibanya setiap tahun baru, usia bumi kita makin tua.. bila2 masa sahaja boleh musnah.. fikir-fikirlah.. patut ke gembira bila masuk tahun baru?.. 0_o